Saturday, March 26, 2011

movie review : hikayat merong mahawangsa


  HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Okay! 1st review about movie dalam blog ni. persepsi masa mula2 tengok poster dia je macam ni 'HEBAT GILA!'. biasalah kite kan percaya dengan ape yang mata tengok kan? hehe
Then tengok pulak trailer kat youtube bagai, sumpah makin semangat cik zara nak pergi menonton n membuang masa lah. so tiba lah hari yang dinanti2, filem ni keluar 10 mac kot. cik zara tengok 11 mac dengan my parents yang memang super semangat mengalahkan cik zara. [hihi, takley blah mak abah aku!]

Ape yg cik zara boleh cerita ialah cerita ni mengisahkan kerjasama yang nak dijalankan oleh kerajaan china dan kerajaan rome, bila dorang kerjasama masing2 akan dapat keuntungan. so both kerajaan ni menjodohkan putera dan puteri mereka. so anak2 dorang ni pon terpaksa lah ikot cakap family sebab ia melibatkan negara, orang kata BERKORBAN APA SAJA HARTA @ NYAWA! hambbeeekkk kaw!HAHA

Dalam perjalanan putera rome ni nak gi kawen2 ngan puteri raja china ni, dia tempuh macam2 halangan lah konon2, padahal drama je lebih. hihi.pastu dia cari org yang boleh bawak dia pergi satu tempat, tak silap nama dia pulau emas kot, adeh! lupe lah. tak kisah lah emas ape pon kan nama dia. bukan cik zara kisah pon. masa tu lah dia jumpa si MERONG MAHAWANGSA yang KACAK, KUAT, HEBAT, SASA, BODY KETOL2, SEKSI [seksi kah??? wkwkwk] Paling hebat dia boleh cakap bahasa inggeriss wooooo. and his malay is like very the omputeh la kan. tapi sokay lah! sebab dia not bad lah berlakon. Time tu lah dorang perang2 ngan puak geruda yang JAHAT NAK MAMPUIH TAHAP HARAM semualah kan. dorang ni siap main ilmu2 magic semua. dasyyyaaatttt!!Masa gadoh2 tu lah putera jumpa puteri, merong jumpa EMBOK [bukan TEMBOK! hehe] Dah penat lah nak citer pasal sinopsis dia. panjang jela2. HAHA

So pada pandangan cik zara, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA NI >>

#Best! sbb 1st time anak malaysia buat filem camni walaupun ala2 TLOTR, POC semua, tapi still boleh layan even tak setanding cam filem2 omputeh tu sume.

#Bangga gila lah sebab orang malaysia pon boleh buat cerita yang hebat macam ni kan.effect dia memang terbaek lah, CGI sume memang superb lah. tapi ada lah cacat cela kat sana sini kan. tapi cik zara buat tak nampak jew.. hehe

#PUAK GERUDA memang jahat lah lagi2 watak THE MAWAS MAN. hihi.watak KAMAWAS! macam HARAM. SERIUS! menjadi woo watak khir rahman tu.. menyampah gila cik zara tengok.

#Jalan cerita macam singkat sebab tajuk hikayat kan so viewers mcm expect more lah. macam kejap sangat kot kisah dia tu, tahu2 dah habis. hampeh!

#Tapi ape yang boleh cik zara kata, korang tak akan rasa rugi lah keluarkan duit p tengok citer ni, memang BERBALOI okay! :)

#Jadi sokonglah fiilem malaysia.FILEM KITA WAJAH KITA! [rupa cik zara tak macam filem yea korang. hehe]

So thats all jela yang cik zara mampu cakap. if dah tak sempat tengok kt panggung, pergi lah tengok cd original @ cd ciplak! marilah sokong cd ciplak!!HAHAHAH [jangan tangkap cik zara, cik zara tak beli oke!! takotlah tu. haha]

~~Cik zara memang penonton movie yang tegar yea, :) jadi if korang rasa takde kawan nak tengok movie, ajak lah cik zara sebab cik zara layann jew semua cerita, kecuali citer BEROMEN bagai tu.

Muahahaha~

No comments:

Post a Comment